
Hasil berbudi kepada tanah. Kelapa baru nak lekat setelah PM Dr Ruslan Abdullah tanam di rumahku mungkin sekitar 7 tahun yang lalu. Nampak macam ada 2 biji kalau ia terus kekal di situ. 2 pohon ditanamnya tetapi sepohon lagi nampak belum mengeluarkan buah.

Bunga kantan juga selalu berbunga. Sampai tak habis nak makan.
Pokok betik yang tingginya sekakipun nampak mengeluarkan bunga. Harap-harapnya akan mengeluarkan buah. Sebelum ini, jiran cina depan rumah selalu memberi betik dari pokoknya. Pokoknya sudah semakin tinggi dan agak sukar untuk dipetiknya.

Jambu airpun sudah berbunga dan berbuah tetapi tidak selebat dulu. Kalau tak ada rezeki kita mungkin rezeki burung.
Kacang botolpun sudah berbuah. Alhamdullah!
Cuma yang tak berbunga dan berbuah ialah pokok mangga yang aku tanam menggunakan biji benih yang aku dapatkan dari pokok Dr Tholudin, jiran lama semasa di Taman Pulai Utama. Mangga ini kalau berbuah sungguh sedap, manisnya, umph… sungguh enak sekali. Aku cuba juga dengan menakik batangnya supaya ia terluka dan mengeluarkan buah (pedoman orang-orang tua). Tetapi ia tidak juga berhasil!
Apa-apapun kita seharusnya banyak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Ada rezeki kita, ada rezeki jiran dan ada juga rezeki haiwan.