Minggu lepas iaitu sebelum Hari Krismas agak sibuk kerana didatangi oleh pelajar-pelajar saya ke bilik.
Kedatangan pelajar-pelajar Projek Sarjana Muda (PSM) seperti Khairunnisa, Syuhada, Aina Karmila dan Farahhani adalah biasa kerana mereka membuat PSM dengan saya.
Hafiz pelajar master by research saya juga datang untuk mengembalikan 2 buah buku yang dipinjamnya.
Alea, Amirah dan Fazil juga datang untuk menghantar tugasan mereka. Alea datang dengan membawa sebekas kek, alhamdulillah. Terima kasih Alea. Kek ini saya berikan kepada Dr. Nadzri untuk diberikan kepada anak-anaknya. InsyaAllah berpanjangan pahala Alea.

Kemudian datang pula Aiman, Pengarah Persatuan PEHARTA untuk menghantar ‘assignment’ bagi kelas SBEH2083. Aiman membawa sebiji pizza untuk saya. Saya makan satu slice dan selebihnya saya berikan kepada pelajar PSM saya. Juga semoga pahala berpanjangan untuk Aiman.
Seterusnya datang pula Gjoy, pelajar PhD Dr. Norhidayah dengan membawa buah tangan seperti snickers, roti, Feraro Roche dan Crisp berperisa Onion and Sour Cream. Tahu pula dia, itu jajan favorite saya.
Alhamdulillah, mudah-mudahan ada baiknya perjumpaan-perjumpaan ini kepada mereka.