Bacaan Surah Al-Kahfi

Dulu-dulu setiap malam jumaat, saya himpunkan anak-anak untuk kita semua membaca Surah Al-Kahfi. Kalau tak sempat malam, kita buat siang. Seronok masa tu, anak-anak masih kecil dan suara kita pula suara keramat. Anak-anak yang kecil termengah-mengah cuba untuk menuruti bacaan abang-abang dan kakak-kakaknya.

Sekarang sudah tidak lagi, semua sudah besar dan masing-masing baca at their own sweet time! Harap-harapnya begitulah.

Surah Yaasinpun baca juga di surau atau di rumah.

Jom kita amalkan membaca Surah Al-Kahfi di setiap Jumaat, banyak sekali kelebihannya. Antaranya kita akan terpelihara dari fitnah Dajjal, sebagai sumber ketenangan, disinari dengan cahaya di antara 2 jumaat, diampunkan dosa, mendapat rahmat Allah, dijauhi dari wabak penyakit dan sebagainya.

Kalau kita suka mentadabbur isi kandungannya, kita boleh menghayati 4 cerita iaitu Kisah Penghuni Gua, Kisah 2 Pemilik Kebun, Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir serta Kisah Zulqarnain, Yakjuj & Makjuj.

Beberapa bulan yang lalu, pelajar saya telah menghadiahkan Surah Al-Kahfi (hard cover) yang begitu detail sekali kandungannya. Naskah itulah yang menjadi bacaan saya sekarang. Terima Kasih Pn. Syira Masirah. Semoga pahalanya juga mengalir kepada Pn. Mas.

Yok, Jom kita…

UTM Open Day