
Menyelia ‘students’ Projek Sarjana Muda (PSM) hari ini. Saya melaksanakannya di kedai mamak secara santai saja di USJ2. Saya mempunyai 2 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.
Terserempak pula dengan celebrity Fendi (Dapur Bujang) di Restoren ini.
Apa lagi? Ambil peluang bergambar bersama la…
Kita kadang-kadang suka mencari atau menumpang ‘glamour’ orang. Bila ada peluang, terus sambar.
Nak tunjuk kepada anak-anak bahawa kita pernah berjumpa dengan orang ini. Itu aje!
‘Next’ tarikh berjumpa dengan pelajar-pelajar PSM saya ialah 18 Jan 2022.
Saya doakan semoga mereka semua berjaya menyiapkannya, InsyaAllah.