Alang-alang dah sampai di USJ2, kami sempat pergi menziarahi mak saudara yang dikasihi Nik Maimun Nik Sulaiman di Subang Jaya.
Nik Maimun atau panggilan mesra kami, Che Mun merupakan adik bongsu ibu mertuaku, Nik Azizah Nik Sulaiman. Dari 6 orang adik beradik mereka seibu sebapa hanya mereka berdua sahaja yang masih tinggal.
Che Mun banyak membantuku semasa zaman aku susah dulu. Pernah berikan duit untuk aku belikan peti ais masa aku berkhidmat di USM dulu. Yalah, kami 3 beranak (aku, Ma dan kak long) masa itu mana ada duit sangat untuk memulakan kehidupan baru di Malaysia.
Che Mun dan Ayah Pa juga pernah membelanja kami menginap di B&B di Lake District, UK. Kami menyewa kereta yang dibayar oleh Ayah Pa untuk membawa mereka bersiar-siar di UK. Alhamdulillah memori indah itu masih tersemat dalam ingatan kami dan semoga ia menjadi sebahagian dari amal soleh mereka di akhirat nanti, InsyaAllah.
