

Semalam seperti rutin sebelum ini, setiap awal tahun aku menjelaskan yuran persekolahan anak-anakku di Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Sekarang hanya tinggal 2 orang. Syakir di Tingkatan 5 manakala Asmaa di Tingkatan 1. Maksudnya, Syakir akan mengambil SPM dalam bulan depan dan Asmaa akan ke Tingkatan 2 pada bulan Mac nanti.
Yuran Syakir aku langsaikan semalam sebanyak RM863. Yuran Asmaa pun aku jelaskan untuk sehingga Mac 2023 sebanyak RM8014.
Tujuan aku membayar secara pukal yang pertamanya ialah untuk mendapatkan diskaun. Untuk itu, terpaksalah kita berdikit-dikit menyimpan dari awal tahun lepas lagi.
Kedua, untuk membantu pihak sekolah supaya tiada masalah aliran tunai untuk membayar gaji staf akademik mahupun staf bukan akademik.
Kalaulah “that little thing’ yang kita mampu bantu, maka buat aje lah. Jangan tunggu untuk buat yang signifikan aje… Kita bantu setakat yang kita mampu. Tetapi jangan pula sebaliknya, menyusahkan sekolah sehingga berbulan-bulan tidak membayar yuran.
Kita mencuba untuk menyenangkan hidup sahabat-sahabat dan rakan-rakan InsyaAllah.