Saya ada banyak nota-nota tentang askar. Nak buang sayang…
Sesiapa yang nak, boleh dapatkan dari saya terutama mereka dari kalangan kadet PALAPES atau pegawai-pegawai askar wataniah atau LLP yang ingin pergi berkursus di PUSWATAN. It is free of charge!
Nota-nota ini saya kumpul sejak menjadi prebet lagi. Kemudian saya pergi berkursus ‘Kursus Bakal Pegawai’. Kemudian pergi pula ‘Kursus Ketua Platun’. Seterusnya ‘Kursus Senjata Kompeni’. Kemudian ‘Kursus Pegawai Staf Rendah’. Saya pergi lagi untuk ‘Kursus Ketua Kompeni’. Kemudian Kursus terakhir saya ialah ‘Kursus Pegawai Kanan’ atau ‘Senior Command Course’ pada tahun 2009.
Bila mengimbau kursus-kursus askar ini, biasalah ia tidak semudah kita belajar di universiti. Dari 6 kursus yang saya hadir, saya hanya memperoleh keputusan C sebanyak 4 kali dan C+ sebanyak 2 kali. Dalam kursus askar ini kalau dapat C+ atau B sudah cukup baik. Kebiasaannya tiada siapa yang akan dapat A.
Kalau kita di universiti pula apabila tiada yang dapat A maka kita akan dipanggil oleh Ketua Jabatan atau Dekan dan mempersoalkannya. Tetapi tidak begitu dalam askar. Neraca kita berbeza. Mungkin kerana dalam profesyen askar ini, ia begitu runcing samaada you kill your enemy or you’re to be killed!
Pangkat terakhir saya dalam Rejimen Askar Wataniah ialah Mejar.
Sesiapa yang berkehendakan nota-nota tersebut bolehlah mengambilnya di pejabat saya secara percuma!
Terima kasih.