
Alhamdulillah hari ini (14 Jan) genap perkahwinan aku selama 34 tahun. Apa orang kata? Anniversary…
Pada minggu lepas, macam-macam aku rancang. Nak pergi makan kat situlah, nak beli itu dan ini tetapi pada hari ini satupun tak ikut perancangan.
Setelah mengajak isteri untuk pergi makan nasi kandar pagi tadi tidak disambut, aku ke UTM kerana banyak kerja nak kena buat, ‘marking’ tugasan dan sebagainya. Aku solat jumaatpun di masjid UTM.
Selesai ‘lunch’ di Arked Meranti, aku ke AEON Taman Universiti, kononnya hendak membeli jambangan bunga ros. Sebelum inipun aku beli di situ. Kedainya terletak di bawah ‘escalator’.
Bila aku masuk, tengok-tengok kedai itu kosong. Apapun tiada. Ini semua bahana COVID-19. Kedai bunga tak boleh ‘survive‘. Aku bertanya kepada staf Kedai Poh Kong, dimana lagi kedai bunga? Dia mengatakan bahawa dalam AEON ni dah tak ada, Cuba ‘try’ dekat belakang Maybank.
Sebelum ke belakang Maybank, aku naik dulu keatas untuk mencari buah-buahan atau apa-apa yang boleh disekalikan dengan bunga. Aku sempat beli buah ‘strawberries’, ‘nectarine’, ‘peaches’ & ‘natural mixed nuts’.
Bila nak keluar AEON, terserempak pula dengan rakan seperjuangan Dr. Hidayah. Dengan muka separuh tertutup memang aku tak kenal, alhamdulillah, beliau menyapa aku.
Apa yang saya cakap tadi memang betul, Dr. Dayah. Tetapi jangan perasan pula…
Satu Taman Universiti aku pusing tetapi tak jumpapun ‘florist’. Jadi aku pulang saja ke rumah. Pelan dah ada, usaha dah buat tetapi hasil tiada.
Apapun, aku nak puji bini aku. Hidup bersama selama 34 tahun adalah suatu tempoh yang lama. Tidak semua orang mampu ke tahap ini. Sudah pasti ada turun naiknya. Isteri aku ini, dia mudah ‘let bygone be bygone’. Jadi, dia mudah sejuk. Aku marah ke atau dia marah ke, dalam masa yang singkat dia dah ‘cool’.
Kedua, dia sungguh ‘obedient’. Kalau aku suruh buat air, walaupun dia tidur, dia pasti bangun buat air.
Ketiga, kaki aku yang gatal-gatal, dia akan lumur ‘lotion without failed’ pada setiap malam.
Banyaklah pula nak puji bini aku. Nanti hangpa ‘boring’ pula nak baca. Oklah. Setakat ini dulu.
Doakan kami semoga berbahagia hingga ke Jannah insyaAllah.