Isteri Kembali Ke Rumah

Alhamdulillah apa yang aku tulis 2 tahun yang lalu, berlaku lagi pada hari ini, pada tarikh yang sama.

Hari ini isteri, Kak Long dan Sakinah akan kembali ke rumah setelah menziarahi ibu dan nenek mereka di Kota Bharu. Mereka ke sana sejak 19 Januari lagi.

Dua tahun lepas, isteri pulang ke kampung menaiki bas. Tetapi pada kali ini, Kak Long memandu keretanya membawa ummi dan adiknya.

Aku tidak sempat untuk turut pulang menjengahi ibu mertuaku yang tinggal keseorangan. Terlalu banyak kerja biarpun cuti agak banyak yang tidak diambil dari tahun lepas. Yang penting isteri dapat bersama ibunya.

Dah ajak ibu untuk tinggal bersama kami tetapi apakan daya…

Aku berharap dengan kepulangan isteri dan 2 orang anak sedikit sebanyak akan merapatkan hubungan kekeluargaan kami yang berada jauh di perantauan.

Tengoklah jika ada masa, kami akan pulang lagi dalam masa yang terdekat insyaAllah. Yang penting perlu diselesaikan dulu kerja-kerja pengajaran semester ini.

Aku doakan perjalanan balik mereka yang niatnya ikhlas tujuan menziarahi orang tuanya diberikan keselamatan oleh Allah Subhanahu Wataala. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.