Majlis Amanat Dekan & Majlis Sanjungan Budi FABU

Majlis Amanat Dekan Tahun 2022 & Majlis Sanjungan Budi FABU, UTM berlangsung pada pagi ini.

Alhamdulillah majlis yang dilaksanakan secara hibrid, yakni separuh secara bersemuka manakala separuh lagi secara atas talian berjalan lancar.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK AKRAB yang telah membantu menjayakan program ini.

AKRAB meraikan 4 orang pesara iaitu Prof Dr. Alias Abdul Rahman, Prof. Dr. Syed Iskandar, Pn Halimah dan Prof Hamdan Ahmad serta 2 orang staf yang telah berpindah dari FABU. Pada sepanjang tahun 2022 ini, seramai 10 orang staf akan berpencen.

Perlu juga diingatkan tentang pesanan Dekan tadi bahawa AKRAB merupakan sebagai agen kepada suasana KEHARMONIAN 9 jabatan yang ada di FABU. Marilah kita sama-sama menyahut seruan ini dan berusaha sebaik mungkin sementara kita masih menjadi AJK sehingga penghujung tahun ini.

Ikhlaskan niat kita dań hanya mengharapkan kepada redha Allah SWT semata-mata. Semoga usaha kita ini menjadi pemberat neraca timbangan di akhirat InsyaAllah.

Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamin…