Penyelidikan Tanah FELDA

Lawatan tapak ke salah satu dari tiga kawasan kes kajian kami iaitu Felda Ulu Tebrau pada 26 Januari lalu. FELDA Ulu Tebrau mula dibuka pada tahun 1964 dan menerima peneroka pada tahun 1968.

Kami membuat kajian dari peruntukan geran NAPREC yang diketuai oleh Dr. Afiq. Ahli kumpulan kami terdiri dari saya sendiri, Dr. Aminah, Dr. Hariati, Dr. Nadzri dan PM Dr. Mat Naim.

2 lagi kawasan FELDA yang akan dilawati ialah FELDA Palong di Negeri Sembilan dan FELDA Lurah Bilut di Pahang.

Untuk makluman semua, FELDA Lurah Bilut merupakan tanah rancangan FELDA yang pertama dibangunkan.

Kajian kami akan tamat pada bulan Mac nanti. Diharapkan hasil kajian nanti dapat digunakan oleh pihak FELDA.