Dulu sekitar tahun 1983, aku dan Nazri bergambar bersama kereta aku, Datsun B210, nama brand di USA. Di negara kita mungkin lain pula namanya. Kalau di Kelantan, rasanya mereka panggil ‘Datsun Buah Ulu’. Gambar ini diambil dekat parkir Citrus College, Azusa, CA.

Kereta itu, aku kongsi bersama YB Dato’ Mohamad Razi Kail dan Abdul Aziz Mohd Zaman. Kereta tahun 1978 dibeli pada tahun 1983, berharga USD2,100. Masa beli kereta, kesemua kami tiada driving license. Dengan kereta inilah kami mengambil ujian lesen memandu.
Hendak mendapatkan lesen memandu di USA, tidaklah susah. Mula-mula kita perlu membaca buku undang-undang jalanraya. Kemudian kita pergi mengambil ujian bertulis di DMV (Department of Motor Vehicle). Dia ada lebih kurang 4 set soalan. Soalan dan markah yang diperoleh akan diberikan kepada kita selepas ujian dibuat.
Jadi kalau kita menyimpan keempat-empat set soalan tersebut dan menghafalnya setiap satu set maka sudah pasti kita akan mendapat markah penuh. Pelajar-pelajar Malaysia, ramai yang mendapat markah penuh.
Setelah lulus Lesen L (ujian bertulis tadi) maka kita boleh booked untuk membuat ujian pemanduan. Di sana tiada ujian naik bukit. Ada 3 points turn yang memerlukan kita mahir untuk manoeuvre.
Di USA yang bagusnya ialah kita boleh membawa kereta sendiri untuk diuji bagi mendapatkan lesen. Dengan kata lain, kita menggunakan kereta yang kita familiar. Ia tak perlu untuk kita menggunakan kereta dari driving school. Aku agak pasti tiada pelajar Malaysia yang menggunakan perkhidmatan driving school untuk mendapatkan lesen memandu

Tahun 2017, aku bergambar dengan kereta Nazri pula. Kalau tak silap di depan Aloft, Kuala Lumpur semasa perjumpaan 6-7 orang kawan-kawan dari Azusa. Yang pasti, Ar. Nazri tidak memakai kereta murah tetapi sebuah mercedes.