Hari ini ke Taman Molek, cuba rasa Nasi Kandar Hijrah. Kira kali pertama makan di sini.
Hari itu masa anniversary dah nak datang tapi biasalah ada yang tak kena di mana-mana maka tak jadi. So, datang hari ini…
Saya datang bersama isteri. Mula-mula sampai, rasa cuak juga tengok ramainya orang beratur.
Cukup ke meja dan kerusi dia untuk ‘cater’ pelanggan yang ramai? Alhamdulillah, sungguhpun orang ramai tetapi kerusi meja sentiasa ‘available’ kerana orang tak jadikan ia tempat berbual tetapi tempat makan semata-mata. Jadi orang ‘place the order’, ambil makanan di kaunter, ‘order’ minuman bila sudah berada di meja. Sudah makan baru bayar di kaunter dan berlalu pergi. ‘Frankly speaking, it’s not the place’ yang kita duduk berjam-jam bersembang karut marut.

Sesiapa penggemar nasi kandar boleh cuba. Pada saya, ia tidaklah sesedap Sharif Nasi Kandar di Gelugor, Pulau Pinang. Tapi cubalah…
Hargapun ‘still bearable’. Saya makan nasi putih kuah campur, lauk telor ikan, kambing, sotong, sayur peria dan air barli ais manakala isteri nasi putih kuah campur, lauk telor ikan, sotong goreng, sayur bendi dan air limau ais, harga RM51.70.
Saya masukkan dekat sinipun kerana tuan kedai minta tolong hebahkan. Dapatlah sedikit saham pahala…