Meraikan Pesara…

Hari ini, aku selaku TYDP Persatuan Kakitangan Akademik (PKA) mewakili YDP meraikan para pesara UTM di Dewan Sultan Iskandar (DSI).

Keraian ini dibuat untuk meraikan para pesara pada tahun 2020 dan 2021 yang tidak dapat diadakan disebabkan oleh pandemik COVIC-19.

Seronok melihat pesara-pesara yang bergembira menjumpai kawan dan kenalan masing-masing. Pesara yang bergelar Profesor akan disambung kontrak sekurang-kurangnya setahun lagi. Yang lain-lain ada yang mengusahakan kebun supaya peluh keluar dan terus sihat.

Datuk NC juga menyarankan supaya pesara-pesara yang mempunyai idea boleh menyalurkan idea bernas mereka kepada pihak UTM.

InsyaAllah aku juga akan bersara pada tahun 2024 nanti…