Hari ini katanya bermula SPM. Anakku, Wan Abdullah Syakir akan menjalani peperiksaan oralnya pada hari ini.
Ia juga merupakan anak yang pertama melalui fasa pembelajaran secara ‘online’ untuk peperiksaan SPM. Kakak-kakak dan abang-abangnya semua menjalani pembelajaran secara formal di sekolah. Itulah…rezeki masing-masing.
Syakir adalah anakku yang ke lapan. Tak banyak cakap dan rapat dengan ibunya.
Eh, mana ada anak aku yang rapat dengan aku?
Semua anak-anak aku rapat dengan ibunya.
Ibunya sempat berpesan padaku. Disamping tahajjud, jangan lupa solat sunat hajat untuk Syakir…
Yang bakinya nombor 9 ialah Wan Asmaa Solehah. Asmaa akan menaiki ke Tingkatan 2 pada bulan Mac depan.
Ya Allah, Engkau permudahkan sepanjang peperiksaan SPM ini kepada anakanda Syakir. Terangilah hatinya, lembutkan lidahnya untuk berbicara dan berikan ingatan yang kuat kepada apa yang dibaca dan apa yang dipelajari dalam kelas.
Ya Allah, Engkau jagalah kesihatannya sepanjang menjalani peperiksaan ini supaya sentiasa sihat. Jauhilah gejala wabak COVID-19 darinya dan juga sebarang bentuk penyakit yang lain.
Ya Allah, Engkau tenangkan hatinya, jauhilah dari tekanan perasaan dan lancarkan perjalanan peperiksaannya.
Aamiin, Aamiin, Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.

