Aku dah lama hendak membeli kerusi untuk membuat kerja di rumah. Kerusi yang boleh duduk selesa untuk menaip ujian, membuat nota, tugasan pelajar dan sebagainya.
Pernah juga intai kerusi ‘game chair’ dalam shopee dan seumpamanya. Mak datuk… harganya yang paling ‘cikai’ (bahasa orang muda), lebih kurang RM349. Kawan aku pernah beli yang berharga RM1,000. Mungkin yang harga gini, dia boleh terus ‘massage’ sekali kot, baru berbaloi.
Sebenarnya, Pejabat Harta Bina, UTM, membuat jualan perabot terpakai pada hari ini (9 Februari 2022), jam 2.30pm.
Aku beli 2 kerusi pejabat dan 2 kerusi meja makan. Baru RM80.
Oklah, disamping kita memenuhi keperluan kita, kita juga membantu UTM.
Aku tengok tadi, ramai dikalangan ‘foreign students’ datang membeli perabot-perabot terpakai. Ada juga Profesor yang datang membeli. Dia nak beli ‘drawers’ besi untuk diletakkan pisau, parang dan sebagainya. ‘Drawers’ itu akan ditempatkan dalam kebun UTM yang disewakan itu.
Mungkin sesetengah orang berkata, mana ada kelas beli perabot yang terpakai? Pada aku, asalkan dia masih boleh berfungsi sebaik-baiknya, that’s good enough.