Selamat Berhijrah Ke Alam Baqa…

Sebelum aku mula bermesyuarat pukul 10am tadi secara ‘online’, isteri memaklumkan bahwa Ustaz Johari telah meninggal dunia. Inna Lillahi Wainna Ilaihiraa Ji’un. Allahummagh Firlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu.

Katanya rebah atau jatuh di bilik rumahnya kemudian sesak nafas dan meninggal dunia. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Kulai.

Siapa Ustaz Johari ini? Arwah ustaz adalah seorang pegawai pendidikan. Beliau telah menggantikan aku sebagai YDP atau Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Arwah ustaz ada menghubungi aku beberapa kali untuk datang berbincang mengenai kesinambungan program-program PIBG SMIH tetapi masa ustaz tiada.

Malam tadi, beliau memberi kuliah di Surau Annur, Kg. Sinaran Baru. Subuh tadi, beliau menunaikan solat subuh berjemaah di surau beliau.

Ya Allah, masa beliau disibukkan dengan urusan-urusan akhirat. Beliau juga sibuk dengan program-program non-muslim.

Ya Allah, ya Tuhanku, Engkau berikan Jannatul Firdaus kepada Al-Fadhil Ustaz Johari. Engkau ampunilah dosa-dosanya, permudahkan segala hisab ke atasnya dan rahmatilah roh serta jasad beliau.

Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.