Bengkel Persatuan Kakitangan Akademik (PKA) di Heritage Hotel Melaka dari 9 – 11 Mac, 2022.
Ia merupakan perjumpaan pertama kami sejak dilantik menjadi AJK pada tahun lalu.
Malam tadi, YDP PKA, PM Dr Abdul Abd Rahman Tamuri telah mengalu-alukan kedatangan para peserta ke bengkel. Ia disusuli dengan pembentangan oleh mantan YDP PKA sesi lalu, PM Dr. Ust Aminuddin Ruskam berkaitan pengalaman pencapaian PKA semasa pentadbirannya. Antara kejayaan beliau bersama AJKnya pada masa itu ialah memperjuangkan kenaikan pangkat pensyarah dari DS45 ke DS52.

Pagi tadi, slot bengkel diisi oleh Dato Prof Ts Dr Mohd Idrus Mohd Masirin yang menceritakan tentang perjuangan Persatuan Kakitangan Akademik di universiti-universiti Malaysia serta MAAC.
Kemudian slot seterusnya diisi oleh Prof Dr Arshad Ahmad yang membantu kami dalam melihat semula Visi dan Misi PKA.

Saya hanya sempat berbengkel sehingga tengahari tadi kerana terpaksa bergerak ke INSTUN yang perlu saya hadiri keesokannya kerana mempunyai tugas di sana.
Saya berharap bengkel PKA di Melaka akan berjalan lancar dengan jayanya InsyaAllah.