Berjumpa Pelajar Lama

Malam tadi keluar makan bersama PM Dr. Najib, Dr. Norhidayah, suaminya En. Zainal serta 2 orang pemimpin pelajar dari PEHARTA dan Kelab LADS di Restoren Lapako, Tanjung Malim.

Tiba-tiba En. Mazlan muncul menyapa kami sebagai bekas gurunya. Alhamdulillah, syukur sangat.

Itu aje yang diharapkan oleh kita sebagai pensyarah, mengharapkan sapaan dan teguran dari bekas pelajar-pelajar kami.

Itupun cukup membahagiakan bagi kami…

Bukan nak minta mereka belanja makanpun!