Kunjung hormat dan mesyuarat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang, Tanjung Malim, Perak pada jam 11 pagi, 11 Mac 2022.
Alhamdulillah, nampak banyak yang dicapai dalam mesyuarat tadi.
Rombongan kami diketuai oleh Pengarah Jabatan Harta Tanah, PM Dr. Najib Razali. Saya, Dr. Norhidayah Md Yunus, pengarah PEHARTA, Aiman serta Zahirah, Setiausaha Kelab LAD turut serta dalam kunjungan ini.
Besar kemungkinan pihak INSTUN akan membalas kunjungan ke FABU sebelum bulan puasa ini.
Secara kebetulan, saya sempat berjumpa dengan seorang pelajar master saya iaitu, En. Abdul Malik yang sedang membuat pengajian Ijazah Sarjana beliau di Kuala Lumpur.
Saya pernah ke INSTUN beberapa tahun lalu semasa Tn. Hj. Lugiman menjadi Pengarahnya. Saya juga pernah merangka silibus Diploma Pentadbiran dan Pembangunan Tanah yang dirancang untuk dilaksanakan secara bersama dengan INSTUN tetapi ia tidak sempat direalisasikan.
Apa-apapun alhamdulillah hubungan telah dijalinkan semula dan Pengarah, PM Dr. Najib nampak begitu bersemangat untuk membuat MOU dengan pihak INSTUN.