Pelajar-pelajar universiti ni ada bermacam-macam ragam dan perangai. Ada yang baik, menghormati orang yang lebih tua dan ada juga yang buat tak kesah aje.
Hari ini saya didatangi oleh Presiden Kelab Pentadbiran dan Pembangunan Tanah atau Land Administration and Development Society (LADS), saudara Luqman Helmi.
Kedatangan beliau hari ini hanya untuk bersembang-sembang dengan saya sebagai Penasihat Kelab LAD. Cuma Luqman Helmi tak pernah datang tangan kosong. Kalau dia datang petang, dia akan bawa pisang goreng dan pagi ini dia bawa nasi lemak ayam dan paru.
Saya cukup terharu dengan kesantunan beliau sebagai seorang anak jati Johor Bahru. Bercakap dengan orang tua, apatah lagi dengan guru amat berhemah sekali.

Kadang-kadang kita diuar-uarkan bahawa anak tunggal ini selalunya manja dan kurang berdikari. Tetapi tidak beliau. Masalah kawan-kawan sekelasnya telah beliau cuba untuk menyelesaikannya.
Dan hari ini, Allah telah menghantar beliau untuk membantu saya. Beliau membantu saya membuat CAR. Bunyi macam kereta tetapi itulah perkara extra yang mana seseorang pensyarah kena melakukannya. Exam sudah, markahpun sudah hantar tetapi kerja extra yang entah apa gunanyapun saya tak tahu!
Konon-kononnya dia hendak melihat assessment kita, samaada tercapai atau tidak PLO, CLO dan sebagainya.
Cuma pada saya dalam keadaan pandemik ini yang mana tiada ujian, peperiksaan dan sebagainya, masih relevan ke CAR kita? Kebanyakan kuiz dan ujian diganti dengan tugasan. Saya cuma mempertikaikan keabsahannya saja.
Tetapi buat ajelah Labu… Jangan dok banyak songel. Dah dia minta! Banyak-banyak songel nanti tak naik pangkat pula…