Buat pembaharuan pasport hari ini di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kulai.
Kita perlu membuat ‘appointment’ dahulu untuk urusan ini.
Nampaknya di sini tak ramai orang. Atau mungkin juga kerana sistem ‘appointment’ yang dipraktiskan ini.
Minggu lepas saya ke JIM Taman Setia Tropika. Saya dimaklumkan bahawa pejabatnya ditutup kerana ramai pegawainya yang kena COVID-19. Saya dinasihatkan untuk ke UTC Kota Raya di Johor Bahru atau ke UTC Pasir Gudang.
Tanpa berlengah lagi, sayapun terus ke UTC Kota Raya. Sesampainya di sana, saya ditanya mana surat ‘appointment’ saya?
Sayapun terpaksa pulang kerana tiada temujanji yang dibuat…
Temujanji hari ini ialah dari pukul 8 hingga 9 pagi. Alhamdulillah, pukul 8.50am pasport sudah siap dengan bayaran sebanyak RM200.
Cuma peringatan kepada mereka yang ingin membuat atau memperbaharui pasport ialah bayaran yang dikenakan perlu dibayar dalam bentuk kad debit atau kad kredit. Bayaran secara tunai tidak diterima! Ia mungkin kerana untuk mengelakkan wang bertukar tangan di musim COVID-19 ini. Juga mungkin untuk memudahkan pihak JIM supaya tidak perlu pergi ke bank untuk memasukkan duit tunai hasil pendapatan harian mereka.
