Klinik Pergigian Adda

Pagi tadi saya ke Klinik Pergigian Adda di Adda Heights. ‘Appointment’ saya pada pukul 9am untuk membuat penskaleran atau cuci gigi. Yang agak pelik ialah klinik buka pada pukul 9.30am tetapi ‘appointment’ kita pada pukul 9am.

Buatlah pencucian sikit sebelum datangnya bulan yang mulia, Ramadhan.

Kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini wajar dibuat persediaan rapi. Kita mesti ‘prepare’ secara ‘mentally’, ‘physically’, ‘spiritually’, ’emotionally’, ‘and of course financially’. Bukankah Rasulullah (SAW) menjadi seorang yang tersangat pemurah di bulan Ramadhan? That’s why we need to prepare ourselves financially! Tetapi berpada-padalah! Ada sikit, kita belanja sikit dan jika ada banyak, kita belanja banyak!

Maksud saya ialah belanja sedekah kepada mereka yang memerlukan dan juga memberi makan orang yang berpuasa. Dan bukannya belanja kita berbuka puasa secara bermewah-mewahan di hotel dan sebagainya.

Kita sepatutnya boleh mengawal nafsu apabila berbelanja di Bazar Ramadhan. Setiap apa yang mata nampak, mulut akan terasa teringin TETAPI sebenarnya perut kita tidak dapat menampung segala makanan yang kita beli.

Bahagikan ruang perut kita kepada 3. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk udara supaya kita mampu menunaikan solat terawih dengan baik.

Sebenarnya, saya ingin bercerita tentang Klinik Pergigian Adda yang pada saya merupakan sebuah klinik usahawan muslim saya rasa. Doktor-doktornya muda belia, baik yang lelaki mahupun yang wanita. Doktorpun ramai dan begitu juga stafnya. Seronok saya tengok…

Yang agak menarik ialah pelanggannya juga ramai. Ada melayu, cina, ‘foreigners’ seperti Bangladeshi atau Pakistani dan sebagainya. Majoriti pelanggan adalah melayu.

Mungkin juga kerana faktor harga yang menarik, tidak terlalu mahal. Pada mulanya, anak-anak perempuan dan isteri saya yang pergi ke klinik ini. Buat ‘braces’, tampal gigi, buat ‘crown’ dan sebagainya. Hari ini, saya pula pergi. Caj yang dikenakan untuk cuci gigi ialah RM120.