Menemani Bonda Berpuasa

Pertama kali balik kampung naik kereta Kak Long dan dipandu olehnya. Kami bertolak lebih kurang jam 10.09pm selepas solat sunat taraweh di Surau P11, Bandar Dato Onn.

Pengorbanan Kak Long untuk ibunya. Kak Long bercuti semata-mata untuk membawa umminya berpuasa bersama ibunya selama beberapa hari di Pengkalan Chepa.

Pada saya, ini lebih baik dan praktikal dari balik beraya. Jalan tidak jammed, kitapun agak selesa di jalanraya dan yang paling penting masa tidak terbuang di jalanraya dan kita tidak menyumbang kepada kesesakan dan kemalangan yang bakal berlaku.

Umminya memang membuat ‘rotation’ dengan adik beradiknya untuk menemani ibunya yang tinggal keseorangan. Ada aje yang akan balik menjengok ibu sebab ibunya tidak ingin meninggalkan rumahnya ke rumah anak-anak.

Kak Long bercuti kerana ingin membawa umminya menjaga ibunya.

Selepas bergerak dari rumah malam tadi, kami berhenti di Shell Taman Daya kononnya ingin mengisi angin, boleh aje tekan berapa ‘pressure’ yang ingin diisi. Tetapi ‘hose’nya tiada! Kedua-dua tempat isi angin tiada ‘hose’.

Teringat saya masa zaman ‘public phone’ dulu. Telefonnya ada tetapi gagangnya tiada! Kadang-kadang pengusaha minyak tidak berapa hendak buat benda-benda kebajikan. Mereka kira benda yang boleh masuk duit aje.

Kita berniaga ni, kalau hendak mendapat keberkatan perlu ‘consider’ juga hal-hal kebajikan pelanggan.

Ramadhan Kareem…

UTM Open Day