
Hari ini tak ‘breakfast’ kat rumah. Cakap dekat isteri nak makan roti canai seenak rasa di Lan’s Prata, Taman Universiti.
Tanya anakanda, Wan Abdullah Syakir samaada hendak abah hantar atau tak ke Hidayah? Isteri menyatakan yang dia hendak hantar Syakir ke sekolah.
Syakir mengambil ‘paper’ Bahasa Arab SPMnya hari ini. Esok adalah ‘last paper’ SPM Syakir.
Sebelum aku memaklumkan untuk makan roti canai kepada sang isteri, ‘deep down inside my heart’ aku sebenarnya terasa hendak ke McD, pekena kopinya yang pekat dan pahit tanpa gula itu. Tetapi tak apalah, roti canai Lan dapat mematahkan keinginanku.
Aku bergerak dari BDO ke Taman Universiti tetapi nasib tidak menyebelahi aku, Lan tak bisnes hari ini. Akupun terus ke Restoren Aminah.
Selepas memakan 2 biji roti canai kosong dan segelas air ‘teh misbun’, aku bergerak ke UTM. Sebenarnya aku ada temujanji dengan pelajar sarjana pada pukul 9am.
Amna dan Diana datang bersama. Sebenarnya hanya Amna dibawah penyeliaanku.
Mereka datang membawa buah tangan dari McD. Siapa sangka, “pucuk dicita ulam mendatang!”
‘The moral of the story is that’, apapun yang kita idamkan, kadang-kadang Allah telah mengatur orang lain untuk membawanya kepada kita.
Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar.