Selamat Datang Ke Langkawi

Bertolak ke Langkawi pada pukul 12.10 petang, 30 Mac 2022. Sampai di Langkawi sekitar jam 1.30pm. Tetapi yang tidak seronoknya ialah arahan Air Asia supaya berada di airport 4 jam sebelum ‘departure’. Hmm… kira dia suruh kita duduk berzikir di airport. Bila penat boleh pergi minum kopi di Burger King.

Sesampai di Langkawi, kita menyewa sebuah kereta kecil aje, VIVA, RM150 plus RM50 deposit kunci. Bila balik pada 2 April nanti dapat balik deposit.

Selepas itu pergi makan nasi ikan bakar yang berhampiran dengan airport. Kemudian pergi ‘check-in’ hotel.

Solat zohor dan asar, jamak serta qasar, kemudian terus keluar ke Kompleks Haji Ismail untuk membeli belah.

Ternampak ada perkhidmatan urut kaki, saya pun mengurut kaki. Kemudian datang seorang lelaki… Saya bertanya asal usulnya kerana ada kedengaran pelat Kelantan.

Rupa-rupanya beliau adalah ‘one year junior’ di Sek.Men. Sultan Ismail, Kota Bharu.

Ada sesiapa ISMAILIAN 64 yang kenal Marzuki Ismail ini? Selepas mengurut kaki, kami pergi membeli belah coklat sikit. Nak beli banyak tak boleh sebab beli luggage 20kg aje.

Anak-anak pula hantu coklat…

UTM Open Day