Selamat Tinggal Langkawi

Sudah berada di airport Langkawi menunggu flight balik ke Johor Bahru. Lambat lagi flightnya tetapi seawal 9.05am, 2 April, saya dan isteri sudah sampai airport.

Urusan hantar kereta sewa juga perlu di‘settle’. Sewa kereta VIVA dari 30 Mac hingga 2 April sebanyak RM150. Ambil di airport dan hantar di airport. Dapat kereta minyak totally kosong. Isi minyak RM35 untuk round Langkawi. Kira ok la.

Banyak aje kiosk kereta sewa dalam airport tetapi saya sewa yang di luar airport. Masa datang dulu dulupun, sewa yang dekat luar airport juga. Jimatlah RM10-RM20.

Bila sampai kaunter untuk masukkan beg, crew Air Asia tanya, dah check in online ke belum? Saya jawab belum. Masa datang hari tu buat check in online. Ok dia suruh duduk dekat tepi dan membuat check in online dulu.

Perkara seperti ini sangat baik kerana dia mengajar kita supaya celik IT. Cuma untuk generasi lama mungkin agak susah sikit.

Di sini belilah coklat sikit-sikit untuk anak-anak buat bersahur. Alhamdulillah.

Sesiapa yang nak minyak gamat, beritahulah, saya ada beli lebih.

InsyaAllah malam ni kita semua pergi solat taraweh di Surau masing-masing. Didoakan semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal ‘Alamin!

UTM Open Day