Tadarus Al-Quran

Sesi tadarus al-Quran anjuran Badan Keluarga Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB, FABU) telah berjalan sejak awal Ramadhan lagi.

Kumpulan kami ditugaskan untuk menyelesaikan juzuk ketiga dan keempat. Hari pertama kita lakukan ialah pada 6 April, dari pukul 8 hingga 8.30am.

Hari kedua pula ialah pada 7 April.

Hari ini ialah hari ketiga iaitu dari pukul 8 hingga 9am. InsyaAllah kita akan menghabiskannya pada hari lusa (12 April).

Mudah-mudahan kita semua dapat menghabiskan bacaan al-Quran kita sepanjang bulan Ramadhan insyaAllah.