Program Kacau Dodol FABU 2022 diadakan pada 24 April lepas.
Badan Kebajikan Staf FABU (AKRAB) juga turut menyumbang untuk program ini disamping penyumbang-penyumbang individu yang budiman.
Ia merupakan kolaborasi antara staf dan pelajar FABU. Alhamdulillah, sudah agak lama kita tidak masak secara rewang ini.
Mudah-mudahan untuk jamuan hari raya nanti, kita dapat mengadakan masak memasak secara rewang juga.
Pada pandangan saya, apabila kita membuat program gotong royong seumpama ini, persahabatan semakin utuh dan ia dapat mempertautkan lagi hubungan sesama staf dan pelajar.
Teruskan!