Kelas Master Secara ‘Online’

Kelas master Land Administration and Development (LAD) ‘section’ 4, bagi kelas (MGHN2554 Planning and Development) yang aku lalui hari ini (24 April). Sebenarnya kelas ini bermula dari semalam.

‘Part’ aku 4 kali pertemuan sudah selesai.

4 kali lagi pertemuan dengan Dr. Rubiah Suratman selepas Raya nanti.

Mereka keseluruhannya berjumlah 19 orang.

Dua hari sebelumnya, perjumpaan aku dengan pelajar-pelajar subjek yang sama tetapi dari ‘section’ 5 dan ‘section’ 6, berjumlah 12 orang. Kedua-dua ‘section’ tersebut dicantumkan supaya menjimatkan perbelanjaan Universiti.

So, Khamis hingga Ahad (4 hari) terus menerus ada kelas.

‘Good luck in your final exams!’