Mail Box

Hari ini saya teringat tentang ‘mailbox’ yang digunakan di USA. Kenapa ya?

Kerana ia memudahkan pelanggannya. Tidakkah kita hidup ini untuk memudahkan urusan manusia?

‘Mailbox’ dia senang aje prinsipnya. Bendera merah yang diskrukan di sebelah kotak surat boleh diangkat atau diturunkan. Jika kita ada surat yang ingin diposkan maka kita tegakkan bendera merah. Maka apabila posman datang untuk menghantar surat ke rumah kita atau ke rumah jiran kita, dia tahu bahawa kita ada surat yang ingin diposkan. Dan dia akan ambil surat kita untuk diposkan. ‘Of course’ setem mesti sudah tertampal.

Dengan kata lain, kita tidak perlu pergi ke Pejabat Pos atau memasukkan surat kita ke mana-mana peti surat.

Dari segi harga setem, Pejabat Pos boleh menyenaraikan berat surat dan nilai harga setem. Maka pelanggan boleh membeli setem terlebih dahulu.

Andai kata kita membuat konsep yang sama, ia akan memudahkan kehidupan ramai orang.