Apabila dijemput untuk memberi tadzkirah, sejak tua-tua ini, saya merasa agak kekok.
Pertama, apabila kita memberi tadzkirah kita tak nak sebut pasal orang lain punya pengalaman, takut tersalah rujuk ke, termengumpat ke dan sebagainya. Kedua, kita juga tidak ingin bercakap tentang diri kita. Takut-takut pahala yang ada la sikit tetapi apabila kita cerita kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan maka hilang kesemuanya pahala itu.
Bercakap tentang kebaikan diri kita memang sedap. Orang kata, masuk bakul angkat sendiri! ‘But will it be beneficial to others?’ Saya takut orang cemuh kita kerana seolah-olah kita memuji diri sendiri. Dan yang paling dikhuatiri ialah mana-mana pahala yang ada yang kita cuba bekalkan itu, hilang kesemuanya, ‘gone with the wind…’

Kalau kita cerita pasal sahabat Rasulullah (SAW) dan sebagainya maka takut pendengar merasakan ia agak jauh dari realiti dan memanglah sahabat sebegitu.
Pertimbangan perlu dibuat supaya apa yang kita sampaikan itu ada sedikit ibrah atau pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai iktibar.
Semoga kita dapat mendidik jiwa kita untuk mengikhlaskan diri dalam apa juga bidang tugasan insyaAllah!