Qiamul-lail di Surau Perjiranan 11, BDO rasanya sudah 4 malam berlalu. Kita mulakan pada malam ke 20 hari tu iaitu pada 22 April 2022.
Bilangan kedatangan ahli kariahnyapun agak konsisten, satu saf, alhamdulillah!
Saya mengharapkan semoga ia bertambah ‘as we approach towards the end of Ramadhan.’ Ataupun sebaliknya kerana pada tahun ini, kita dah boleh balik beraya di kampung.

Tetapi malam tadi saya agak terkejut kerana surau penuh semula untuk solat taraweh. Mungkin kerana malam 23 Ramadhan!
Apapun kita semua cuba yang terbaik dengan hati yang penuh ikhlas, bertawajjuh kepada Allah semata-mata tanpa ada sedikitpun perasaan ria’, ujub dan sebagainya.
Masih belum terlambat untuk kita terus memburu. Semoga berjaya insyaAllah.
Ya Allah, Engkau pertemukan kami dengan malam QadrMu, malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Aamiin ya Rabb!