Cantikkan al-Quran yang diberikan kepada pembayar-pembayar zakat kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang dibuat melalui UTM?
Saranan kepada pembayar-pembayar zakat untuk mengambil al-Quran di Pusat Islam UTM telah dibuat lebih kurang sebulan yang lalu. Tetapi saya buat tak kisah aje.
Semalam sambil membayar zakat fitrah di Pusat Islam melalui Ustaz Ibrahim Khalil, saya terus mengambil al-Quran sekali. Yang seronoknya sebab dia ada cop UTM. Agak-agak kalau Surau P11 nak buat al-Quran macam inipun boleh rasanya, cuma perlu ‘volume’ yang agak banyak.
Untuk membayar zakat fitrah, kita ada 2 pilihan; RM7 atau RM10. Saya memilih yang RM10 kerana kami memakan beras Basmati. Bukan nak berlagakpun tetapi sebab saya ada ‘diabetes’. Katanya beras Basmati kurang kanji. Jadi saya bayar untuk 11 orang yakni untuk saya dan isteri serta 9 orang anak.
Pada pandangan saya juga, ia lebih elok dibayar zakat fitrah awal kerana duit yang dipungut boleh diberikan kepada mereka yang layak oleh jabatan agama seawal mungkin. Maksudnya orang-orang miskin ini boleh turut sama beraya nanti.
Ini bukanlah bermaksud saya menentang hadis yang mengatakan membayar zakat fitrah sebelum solat sunat hari raya lebih afdal… Yang penting ialah kita menunaikan kewajipan yang dikenakan keatas kita. Alhamdulillah.
Al-Quran Cetakan Berjenama UTM
Posted on June 1, 2022 ·