Sudah lama saya menginfaqkan kepada pembinaan Sekolah Islam Hidayah melalui Dana Hidayah atau Yayasan Hidayah.
Tetapi 3 tahun kebelakangan ini, saya menginfaqkan diatas nama arwah-arwah yang saya kenal.
Sebelum ini saya pilih 30 nama-nama arwah dari kalangan tok saudara, mak atau bapa saudara, adik beradik dan rakan-rakan pejabat yang telah mendahului kita menemui Pencipta. Pada tahun ini, saya mewakafkan diatas 55 orang arwah.
Tujuannya ialah untuk membantu mereka yang telah meninggal dunia sekadarnya.
Dana Hidayah akan membina bangunan tahfiznya manakala Yayasan Hidayah akan memberikan bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar.
Saya terfikir, saya mempunyai ribuan pelajar sejak saya mengajar di UTM dari tahun 1995. Sekiranya mereka berniat berwakaf untuk mana-mana masjid atau sekolah betapa berkatnya kehidupan saya biarpun sekadar 10 sen.
Mereka tak rugi apa-apapun apabila menambah secangkir nama saya dalam wakafan mereka.
Jazakumullahu khairan kathira.