Mesyuarat pagi tadi di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Putrajaya. Ia sebenarnya bukan mesyuarat tetapi pembentangan ‘proposal’ untuk permohonan geran penyelidikan.
Ada 19 permohonan yang diterima dan hanya 9 telah di’shortlisted’ dan diminta untuk dibentangkan pagi tadi. Pada tahun 2021 JHEKS menekankan tentang penulisan buku tetapi tahun 2022 penyelidikan telah menjadi prioriti.
Maksimum nilai geran ialah RM50k. PKA UTM memperoleh 2 dari 4 geran yang dipohon. Alhamdulillah!
Semua kajian perlu lengkap penulisannya pada 31 Disember 2022.