Aku dan PM Dr Abdul Rahman Tamuri bertolak dari Johor Bahru pada pukul 5.30 petang kerana keesokkannya ada mesyuarat dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) pada 27 April. Kami berbuka puasa di Ayer Keroh, Melaka. Kami meneruskan perjalanan untuk menginap di ‘homestay’ di Bangi.

Kami sempat solat Subuh di Masjid Teras Jernang, Bangi. Kali pertama aku sampai ke masjid ini.
Pukul 10am nanti, ada mesyuarat di JHEKS, Putrajaya. Aku menemani Presiden Persatuan Kakitangan Akademik (PKA), PM Dr. Abd Rahman Tamuri untuk membentangkan ‘research proposal’nya.
Moga dipermudahkan Allah segalanya, insyaAllah.