Tandatangan Projek Sarjana Abidullah

Alhamdulillah, selesai berurusan dengan Abi. Abi sanggup datang ke rumah saya untuk meminta Projek Sarjananya ditandatangani.

Saya pula sedang mengajar Fida pagi ini secara ‘online’, “MGHN 2554 Planning and Development”. Bermula jam 8am dan terpaksa ‘take five’ untuk berjumpa Abi dan sambung semula mengajar Fida sehingga hampir jam 11 pagi.

Yang ‘best’nya ‘student’ aliran perdana kelas ini hanya seorang saja. 2 lagi kelas untuk subjek ini, ‘master’ pesisir iaitu satu kelas 19 orang pelajar manakala satu kelas lagi 14 orang. Sebenarnya yang 14 orang itu sepatutnya 2 kelas, satu kelas 6 orang pelajar dan satu kelas lagi 8 orang pelajar tetapi digabungkan. Mereka adalah ‘cohort’ yang berbeza.

Alhamdulillah 3 kelas pengajaran ‘master’ saya telah selesai untuk semester ini, cuma tinggal ‘final exam’ nanti untuk dinilai.

Yang tinggal adalah 2 kelas ‘undergraduate’ sehingga hujung semester ini.

Kepada Abi, selamat meneruskan kerjaya di KEJORA dan mudah-mudahan menjadi orang besar KEJORA suatu hari nanti. Terima kasih dengan pemberian biskut raya.

Semoga persahabatan kita berkekalan insyaAllah…