Hari ini aku ingin bercakap pasal wang, duit atau ‘pitis’. Sebabnya hari ini aku pergi menukar wang Pound Sterling dan US$.
£100 bersamaan RM554.50 manakala US$100 bersamaan RM437.
Tahun 1982-1988, aku agak familiar dengan US$. Tahun 1991-1995 pula terbiasa dengan £.
Cuma saiz duit itu semakin mengecil, terutama duit GBP. Seingat aku, duit £20 tersangat besar saiznya sehingga melepasi dompet apabila kita menyimpannya.
Atau mungkin aku sudah lupa saiznya yang sebenar…
Yang pasti nilainya sudah tidak sama. Dulu £1 boleh beli coklat dan air gas tetapi sekarang mungkin hanya air gas saja.
Ada orang berkata, “Kita hidup perlu wang, tak ada wang sangat susah”. Ada juga orang berkata, “Kita tak perlu wang untuk hidup, yang penting rasa bahagia”.
Persoalannya, bolehkah kita bahagia tanpa wang? Ada pandangan?