Gambar Raya

Beberapa keping gambar di pagi raya…

Semoga apa yang kita lalui sebulan yang lepas dapat memberi kita kekuatan dalaman untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Gambar famili di halaman rumah dan gambar bersama rakan-rakan surau setelah menunaikan solat sunat hari raya pagi tadi.

Doa yang dapat ku lafazkan ialah Ya Allah, Engkau terimalah amal ibadah kami sepanjang sebulan bulan Ramadhan. Engkau jumpakan lagi dengan Ramadhan yang akan datang…

Akhirnya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir batin kepada semua kawan-kawan dan kenalan saya.

Taqaballahu Minna Waminkum…