Hari Raya Kedua…

Petang semalam sebelum maghrib, Asmizul, adik isteriku datang bersama keluarga mertuanya. Mereka datang dengan 3 buah kereta.

Asmizul dan Ida, isterinya berkhidmat di Hospital Kluang. Adik-adik Ida semuanya bertugas di KL, kalau tidak silap aku. Mereka 4 beradik tetapi abangnya telah mendahulu mereka menemui Ilahi.

Ibubapa mereka tinggal di Kota Tinggi.

Aku hanya sekali ke rumah ibubapa Ida iaitu semasa merisik Ida untuk Asmizul, puluhan tahun yang lalu.

Hari ini sempatlah mereka memakan nasi dagang yang dimasak oleh kakaknya (isteriku). Tetapi nasi dagang ibu mertuaku sungguh enak sekali kerana ia dikukus beberapa kali. Isteriku hanya merebusnya aja beras nasi dagang…

Semalam aku juga memesan 3 batang lemang dari Samad Razak untuk dimakan oleh keluarga adik iparku tetapi tidak kesampaian. Rendang sudah dimasak… Tiada rezekinya!

Asmizul dan Ida dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata, 3 lelaki dan seorang perempuan. Semoga mereka berbahagia selamanya dan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia wal akhirah insyaAllah.