Budaya buat bising ‘bangor’ di musim perayaan ini adalah budaya semua kaum. Nak kata orang Cina aje pasang mercun sampai terkejut kita tengah tidur jam 12 tengah malam, dok jugak, orang Indiapun sama. Nak kata orang Cina dan India yang suka buat orang terkejut, dok juga kerana orang Melayupun sama.
Orang Melayu dulu-dulu siap dengan bedil buluh ‘kabait’ atau ‘carbide’ (betul tak ejaan ni?) Ada juga yang guna tong drum, batang besi dan sebagainya supaya lagi kuat bunyinya.
Lagi kuat bunyi lagi seronok!

Aku tak perasan pula semasa di USA dan di UK dulu bila musim Krismas. Ada ke tak mercun atau sebarang bedilan yang memeranjatkan? Bunga api atau ‘fireworks’ mungkin ada.
Cumanya ialah ada juga anak-anak kita yang terpotong tangan, jari dan sebagainya dek kerana kekreatifan dalam menyalakan bedilan-bedilan mercun ini.
Orang Arab macamana ya? Orang Arab sekarang mungkin ada yang terikut dengan budaya ini. Maksud saya orang-orang Arab dahulu kala, adakah bunyi-bunyian yang mengejutkan ini dipraktiskan?
Selain ia membahayakan, ia juga ‘very costly’. Tak semua orang mampu membeli mercun yang ‘berdegung degang’ kuatnya. Sekadar bunga api oklah kerana ia tidak membahayakan. Tetapi nak kata tidak merbahaya, tak juga kerana tapak tangan sebelah kiri saya, ‘selepuk’ nampak bekas ‘scar’. Katanya saya memegang bunga api yang dipasang semasa saya di atas dukung arwah kakak saya.
Parut itu ada sampai sekarang! Adakah ia suatu budaya yang baik atau tidak, mungkin boleh difikirkan. Di peringkat kerajaan, dulu sudah ada larangan dan penguatkuasaan tetapi biasalah penguatkuasaan di negara kita, mana ada penguatkuasaan yang baik, cekap dan efisien dalam jangka masa panjang…