Day 3 In Turkey

Hari yang ketiga di Turkey.

Kami bertolak dari hotel di Ankara pada jam 8am untuk menuju ke Cappadocia.

Di pertengahan jalan kita singgah di Tasik Garam yang mana airnya juga berubah warna menjadi ‘pink’ pada musim tertentu.

Seterusnya kita ke Cappadocia, yakni kawasan bekas lava gunung berapi. Dalam bekas gunung berapi ini dipahat untuk dibuat tempat tinggal. Ia menjadi tempat tinggal lebih 30 tahun yang lalu. Sekarang bekas-bekas peninggalan tempat tinggal itu dibuat hotel.

Kami sempat makan tengahari di dalam gua bawah tanah. Makanan yang dihidangkan cukup lazat yang dipanggil ‘pottery kebab’. Berada di bawah tanah ini cukup nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.

Kita dimaklumkan juga bahawa sesetengah sayur-sayuran disimpan di bawah tanah sehingga 6 bulan dan didapati ia masih ‘fresh’.

Seterusnya kita bergerak ke atas bukit untuk menikmati panorama yang indah dari atas bukit.

Akhirnya sebelum kita ‘check-in’ hotel, kita ke tempat membuat barangan tembikar seperti pasu, pinggan hiasan dan sebagainya.

Kami di Cappadocia selama 2 hari sebelum berlepas semula ke Istanbul dengan menaiki kapal terbang domestik pada hari lusa.