Day 5 In Turkey

Hari yang ke-5 di Turkey. Pagi tadi solat Subuh pukul 3.43am. Turun ‘breakfast’ di aras 1 hotel, jam 5.00am seperti kita bersahur untuk berpuasa pula. Pada hari-hari biasa, kita ‘breakfast’ di hotel pada pukul 7am.

Sesiapa yang belum habis puasa 6, eloklah diteruskan berpuasa kerana pahala yang begitu besar dijanjikan Allah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. MasyaAllah!.

Kemudian kita bergerak ke Keysari Airport pada jam 5.45am untuk menaiki flight ke Istanbul. ‘Flight’ berlepas pada jam 8.35am dan kita sampai di Istanbul pada jam 10.05am.

Kemudian kita bertolak ke Bursa. Bursa adalah ibu negara di zaman Ottoman Empire, kemudian berpindah ke Edorna dan akhirnya Istanbul menjadi ibu negara Turkey.

Dalam perjalanan kita berhenti makan tengahari seperti di R&R kita di Malaysia.

Selesai makan, kita meneruskan perjalanan ke bandar Bursa. Kita menaiki bukit ke tempat makam raja-raja dan anak isteri mereka. Di situ juga ada masjid untuk kita menunaikan solat zohor dan asar secara jamak serta qasar.

Apa yang saya lihat ejaan mescit dan masjid adalah sinonim di Turkey. Tak kira besar atau kecil…musolla di airportpun dipanggil masjid.

Macam kita, masjid hanya tempat solat awam yang besar dan memuatkan ramai orang. Yang kecil-kecil dipanggil surau, balaisah atau musolla aje…

Kami sekarang bergerak ke hotel di Bursa. Tinggal di sini selama 2 hari sebelum kembali ke Istanbul.

Katanya di Bursa, kita boleh dapati minyak zaitun, ‘Turkish Delight’ dan ‘honey’ yang asli.

Tengoklah macamana…duitpun semakin surut.