Ekspedisi kami bermula sejak pagi 12 Mei lagi apabila kita bertolak ke KLIA dengan menaiki bas di Larkin Sentral. Dalam bas kami dari Johor adalah seramai 10 orang. Jumlah kami keseluruhannya adalah seramai 26 orang. Ada dari Johor, ada dari KL, ada dari Kuantan dan ada juga dari Terengganu.
Kembara ini adalah hasil cetusan idea Dr. Jaidon Romli yang telah menghubungi ATN Travel untuk menjadi Ketua Rombongan. Dr. Jai menghubungi rakan-rakan satu jamaah hajinya dulu yang masih ‘in contact’. Aku bukanlah sama jamaah haji dengan Dr. Jai tetapi aku dihubungi mungkin atas dasar aku dan dia adalah anggota Koperasi Muslimim Malaysia Berhad (KMMB).
Yang menyebabkan aku tertarik untuk menyertai Kembara ini ialah pertama, Dr. Jai pernah belajar di Turkey dan memahami bahasa Turkey. Kedua, bilangan peserta tidak ramai. Ketiga, pada pandangan aku pakej ini agak murah.
Kami bertolak malam tadi dari KLIA pada pukul 10.40 malam. Tiba di Istanbul Airport lebih kurang jam 4.30am (waktu Turkey). Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam.
Masa Turki adalah lewat 5 jam dari waktu Malaysia.

Selesai solat Subuh di airport, kita bergerak untuk ‘breakfast’ kemudian ke Hegia Sofia Mosque dan Istana Mehmet Al-Fatih.
Kemudian kita pergi ‘lunch’ dan seterusnya ‘check-in hotel’. Hari pertama yang agak memenatkan juga…
