
Hari ke empat, masih di Cappadocia. Pagi tadi seawal pukul 4am ada sekumpulan kami menaiki belon panas. ‘It’s an optional with extra US$200’. Saya tak naik kerana takut gayat walhal pernah turun dari helikopter dengan tali masa dalam tentera dulu.
Selepas ‘breakfast’, kami ke kawasan sungai yang berhampiran, katanya sungai ini panjangnya 1,000km hingga ke Aegean Sea. Di tepi sungai, kami makan ais krim yang dibuat dari susu kambing di MADO (jenama kedai aiskrim).
Dalam perjalanan, kami ditunjukkan tempat membuat batu bata dari lava gunung berapi yang mana batu bata jenis ini akan memanaskan rumah di kala ‘winter’ dan menyejukkan rumah di waktu musim panas.
Kemudian kami bergerak ke tempat membuat cincin permata. Permata yang agak terkenal dipanggil sultanate yang boleh bertukar warna bila terkena cahaya matahari. Ramai juga yang membelinya…
Setelah itu kami ke tempat makan tengahari secara buffet.
Kemudian kami pergi pula ke tempat pembuatan ‘carpet’. Ada karpet yang dibuat dengan tangan dari ‘wool’, ‘silk’, mahupun ‘bamboo’. Di sini aku tergoda untuk membeli sebidang karpet ‘bamboo’ yang sederhana besar, bersaiz 182 x 152cm. Bukan tikar buluh tetapi karpet buluh…
Seterusnya kami melawat apa yang dipanggil ‘underground city’. Tetapi bagiku, ia bukanlah ‘city’ tetapi sebuah ‘tunnel’ bagi perempuan dan anak-anak untuk menyelamatkan diri semasa peperangan. Di dalamnya, suasana amat nyaman dan damai kerana pengaliran udara yang sangat baik. Tidak kira musim ‘winter’ atau ‘summer’ tetapi di dalamnya udara sungguh nyaman kecuali lorong-lorong yang agak sempit.
Yang lelaki? ‘Of course’ kena pergi berperang…
Setelah itu, kami pulang ke hotel untuk mengemas ‘baggage’ untuk dibawa ke Istanbul melalui bas.
Esok pagi pukul 5.30am, kami akan menaiki ‘domestic flight’ ke Istanbul. Bas membawa bagasi besar kami manakala kami akan menaiki kapal terbang ke Istanbul.
Ada yang ingin bertanya berapa harga permaidani yang aku beli?