Ini cerita malam tadi di KLIA.
Saya berjumpa dengan 4 orang lelaki dari Sungai Petani. Depa nak pi umrah bersama rombongan Andalusia.
Apa yang mengembirakan saya ialah mereka ditawarkan untuk pergi umrah oleh kawan mereka. “Hang nak pi umrah tak?, tanya kawan mereka”. Terperanjat gila mereka apabila ibadah umrah dibiayai oleh kawan mereka. Apatah lagi ia merupakan umrah yang pertama buat mereka.
Kawan mereka ni merupakan seorang usahawan yang mempunyai banyak punca perniagaan. Beliau juga mempunyai hotel kalau tak silap di Pulau Pinang.
Bilalah Allah ingin berikan aku pendapatan yang boleh membiayai setidak-tidaknya saudara mara untuk mengerjakan haji atau umrah?
Aku juga teringat sepupu arwah bonda, arwah Hj Wan Mohamad Bin Wan Abdul Rahman. Beliau mempunyai kedai emas di Kota Bharu.
Saban tahun arwah memberikan peruntukan untuk orang-orang kampung Palekbang untuk menunaikan Haji atau Umrah. Zakat harta juga disalurkan kepada penduduk Palekbang melalui kekandaku, Wan Azizah.
Aku mendoakan dan merasakan mungkin arwah sekarang ini sedang mendapat hasil pulangan dari pelaburan yang telah dibuat. Setidak-tidaknya lubang kuburnya tidaklah menjadi sempit…
Ya Allah, Engkau berikan aku rezeki yang banyak supaya aku dapat membantu mereka yang susah! Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.