Pasal ‘Toilet’

Baru lepas solat subuh di hari ke-6 di Bursa, Turkey. Waktu sekarang ialah pukul 4.18am.

Hari ini, saya ingin bercakap pasal ‘toilet’. Kelmarin setelah tiba di Istanbul Airport dari Keysari Airport, kami geng-geng lelaki bersusun menunggu untuk memasuki ‘toilet’ yang berdekatan.

‘Toilet’ yang berpintu ada 3 aje. Yang pancut secara berdiri agak banyak tetapi tidak digunakan oleh kami dari rumpun Melayu.

Sesetengah dari kami mungkin ada yang hendak kencing aje, tetapi budaya kencing berdiri di depan khalayak ramai masih menjadi ‘taboo’ bagi kami. Kalau masuk ‘toilet’ yang berpintu dan tertutuppun bukannya kita dudukpun. Hendak angkat pelapik dudukpun agak segan maka pancutlah ke dalam lubang ‘toilet’ yang mana air kencing mungkin bersepah di atas pelapik.

Maka datang orang kemudian yang mungkin ingin membuang air besar terpaksa menyapu titisan air kencing yang berada di atas pelapik sebelum duduk.

Ini isunya! Isu kencing berdiri satu isu. Isu kencing tidak angkat pelapik duduk satu isu yang lain pula.

Kalau ikut praktis budaya orang Turkey maka isu ini tidak timbul. Mereka kencing di luar sahaja tanpa memasuki ‘toilet’ kerana mereka kencing berdiri. Yang memasuki ‘toilet’ hanya mereka yang ingin membuang air besar sahaja.

Kita yang ‘so-called’ melayu Islam kencing berdiri dalam ‘toilet’ tertutup tetapi merasa ‘geli geleman’ untuk mengangkat pelapik duduk. Maka bersepahlah air kencing di atas pelana duduk. Kesian orang kemudian yang perlu duduk…

Sedangkan kita tahu ‘La yukminu ahadukum hatta yuhibbali akhih, ma yuhibbuli napsih’. Atau ia sebagai slogan saja, ‘Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya ia tidak menyayangi insan yang lain sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri’.

Isu ini tidak timbul jika mereka yang kencing berdiri di dalam ‘toilet’ TETAPI mengangkat pelana atau pelapik duduk. Isu ini juga tiada kaitan dengan tandas perempuan.