Perancangan Hari Keluarga Yang Tidak Kesampaian

‘A plan is a predetermined course of action’. Aku memaklumkan lagi kepada pelajar-pelajarku bahawa 3 ciri-ciri utama perancangan adalah ia mesti melibatkan masa depan, perlu ada tindakan dan akhirnya perlu ada individu atau organisasi yang bertindak.

Kita tidak merancang untuk semalam atau tahun lepas! Semalam sudah berlalu pergi… ‘We plan for our future.

‘Setiap perancangan perlu ada tindakan!’ Kalau tidak ia hanyalah angan-angan Mat Jenin saja… Mereka yang bertindak adalah bergantung samaada ia merupakan perancangan individu atau perancangan sesebuah organisasi. Sekiranya ia merupakan perancangan sesebuah organisasi maka kesemua ahli organisasi tersebut perlu bertindak.

Kami telah merancang untuk membuat Hari Keluarga pada 30 dan 31 Ogos 2017 yang lalu. Tetapi disebabkan oleh kerana tindakan melibatkan hanya segelintir dari kalangan 7 beradik yang ada maka ia gagal berlaku.

Aku agak sedih kerana selaku anak yang ke enam dari 7 orang adik beradik ia agak sukar untuk dilaksanakan dan ia lebih mudah sekiranya abang atau kakak yang sulong yang merencanakannya. Kita yang muda-muda ni kurang ‘authority’, susah untuk mereka yang tua-tua untuk mendengarnya.

Akhirnya sekarang 3 orang adik-beradikku telah pergi menemui Illahi dan kami hanya tinggal berempat.

Aku hanya mengharapkan suatu hari nanti akan berlaku juga Hari Keluarga yang dirancang. Bukan kerana apa tetapi aku mengharapkan supaya sepupu sepapat mereka akan mengenali antara satu sama lain. Yang paling menyedihkan ialah ada yang tidak pernah berjumpa antara sepupu mereka sejak 30 tahun yang lalu.

Sekiranya yang tua tiada usaha untuk menemukan mereka maka jangan haraplah yang muda akan berikhtiar sendiri untuk mengenali saudara mara mereka.