Turkey – Hari Kedua

Hari kedua di Turkey.

Bertolak dari Istanbul ke Ankara, maksudnya dari Turkey sebelah Eropah ke Turkey sebelah Asia. Ia mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas.

Hanya 3% Turkey berada di sempadan ‘Europe’ manakala 97% di sempadan Asia. Istanbul adalah bandar kedua terbesar selepas ibu negara Ankara. Bandar Ankara mempunyai penduduk seramai 20 juta orang.

Turkey terbahagi kepada 7 wilayah yang masing-masing terkenal dengan hasil pertanian masing-masing. Orang Turkey suka minum teh yang mereka tanam berhampiran dengan Black Sea.

Turkey dikelilingi oleh Aegian Sea, Black Sea, Mediterranean Sea dan Marmara Sea.

Di Ankara kami pergi solat jamak serta qasar, Zohor dan Asar di Masjid Haci Avram selepas makan tengahari Doner Kebab.

Akhirnya kami ke Hotel iCKALE, 5 ***** Hotel di Ankara.